Penampilan Mona Fandey Sebagai Legenda Urban, Menggamit Kontroversi di Dunia Siber [Mona Fandey's Appearances as an Urban Legend, Sparked Controversy in The Cyberspace]

  • Norashikin Hamzah
  • Shaiful Bahri Md. Radzi
Keywords: urban legend

Abstract

Mona Fandey, figura yang mencetuskan kontroversi sekitar tahun 1990-an. Sehingga kini nama beliau masih lagi menjadi titipan bagi warga siber terutamanya, bagi mengetahui kisah misteri di sebalik penampilan beliau. Penemuan mayat ahli politik, Mazlan Idris pada 1993 telah mencetuskan suatu fenomena kerana keadaan mangsa yang dikerat kepada 18 bahagian serta ditanam di sebuah rumah tinggal di Raub, Pahang. Lebih menarik perhatian khalayak adalah penampilan Mona Fandey yang ternyata menimbulkan aura ‘seram’ kerana dikaitkan dengan pengamalan ilmu hitam beliau. Pakaian, tata rias wajah (mekap) di samping sering melemparkan senyuman tatkala hadir perbicaraan di mahkamah telah meninggalkan tanda tanya serta mewujudkan sebuah kumpulan folklor urban yang membicarakan tentang perilaku serta tindak-tanduk Mona Fandey. Justeru itu, lama-kelamaan sesawang dipenuhi dengan tafsiran-tafsiran yang kebanyakannya bersifat negatif malah ada yang menjadikannya sebagai suatu humor bagi merancakkan lagi pembicaraan di siber. Justeru itu dengan terbinanya platform sesawang ini, nama Mona Fandey kembali menjadi perhatian sekali gus menjadikan beliau sebagai legenda urban di Malaysia.

Mona Fandey, the figure that sparked controversy around the 1990s. Until now her name is still a bridge for cyber citizens especially, to know the mysterious story behind her appearance. The discovery of the politician's body, Mazlan Idris in 1993 triggered a phenomenon due to the condition of the victims being 18 parts and planted in a living house in Raub, Pahang. More eye-reaching audiences were Mona Fandey's appearance that turned out to pose for a 'horror' aura for being associated with practicing her black knowledge. Clothing, rice face-to-face (bloom) while frequently throwing smiles while attending trial in court has left a question mark and created a urban folklore group that talks about the behavior as well as the reactions of Mona Fandey. Hence, the websites are filled with interpretations that are mostly negative in nature and some even make it a humor to enlivent further talks in cyberspace. Thus, with the built-in platform of the website, mona Fandey's name returned to attention, thus making her a urban legend in Malaysia.

Published
2021-01-26