Pengaruh Didik Hibur dalam Meningkatkan Kesediaan Belajar Kemahiran Membaca Bahasa Melayu Murid Belum Menguasai Tahap Pencapaian Minimum [The Influence Of Edutainment in Enhancing The Learning Readiness of Reading Skills in Malay Language of Low Achieve

  • Norlela Ahmad UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA
  • Shamsudin Othman
  • Azhar Md. Sabil
  • Marzni Mohamed Mokhtar
  • Mohd Azuan Mohd Nawawi
  • Zullaili Hason
Keywords: Kata kunci: kemahiran membaca, kesediaan belajar, latar belakang keluarga, didik hibur

Abstract

Abstrak

Kajian kes ini meninjau permasalahan membaca dalam kalangan murid belum menguasai tahap pencapaian minimum  (BMTPM) Bahasa Melayu. Tujuan kajian adalah mengesan punca yang menyebabkan murid di  luar bandar  tidak menguasai kemahiran membaca dan pengaruh didik hibur bagi meningkatkan kesediaan murid belajar membaca. Tumpuan diberikan kepada kesediaan belajar dan pengaruh latar belakang murid. Reka bentuk kajian adalah kajian kualitatif. Sampel kajian adalah lima orang murid tahun enam disebuah sekolah negeri Selangor yang dipilih hasil ujian dianostik membaca. Kajian menggunakan analisis instrumen temu bual dan analisis dokumen. Dapatan kajian menjelaskan murid-murid tidak menguasai kemahiran asas membaca berpunca daripada kesediaan belajar mereka yang rendah seperti sikap pasif, kurang berkeyakinan, malas berusaha untuk membaca. Mereka juga kurang motivasi diri dan tidak berminat untuk belajar apa yang dirasakan susah. Taraf sosio ekonomi keluarga murid, tahap pendidikan ibu bapa yang rendah, serta persekitaran pembelajaran di rumah yang kurang memberangsangkan menjadi punca permasalahan. Sikap kebergantungan ibu bapa kepada pihak sekolah, serta kesibukan mencari rezeki menyebabkan pembelajaran membaca anak mereka terabai. Seterusnya, kajian ini mencadangkan kaedah didik hibur yang sesuai digunakan dalam pengajaran membaca. Kesimpulannya, dapatan ini dapat membantu guru-guru mengenal pasti tahap kesediaan belajar murid dalam pembelajaran dan menyusun semula strategi pengajaran dan pembelajaran di kelas. Penggunaan didik hibur membantu guru merancang cara mengajar yang berkesan untuk menghasilkan satu produk yang bermutu tinggi.

 

Abstract

 

Fun learning is a teaching methodology proposed to set a relaxing and enjoyful environment to resume effective learning. This study reviewed the problems of reading among students whom are yet to master the minimum performance levels, influences of edutainment in improving reading skills, as well as willingness to learn Malay language. The purpose of the study is to identify the root that cause students in rural areas who do not comprehend reading skills, as well as the influence of edutainment in increasing students' readiness to learn reading. The objectives are focus on learning readiness and the influence of the students’ background. The design of this research is qualitative study, while the sample group is five sixth grade students in a primary school selected from their reading test results. Interview and document analysis are used as the methodology of the research. The study found that students do not master the basic of reading skills due to their low learning readiness such as passive attitude, lack of confidence and laziness in reading. Furthermore, they are also lack of self-motivation and are not keen in learning something they thought difficult. This could be due to the socio-economic status of the students’ family, low level of parental education, as well as the poor learning environment at home. Moreover, parents' dependence on the school and their tied-up of earning a living contribute to their children's learning to read to be neglected. Hence, this study suggests appropriate fun learning methods to be used in the teaching of reading. In conclusion, these findings can aid teachers to identify students’ level of readiness to learn as well as to reorganize lesson strategies in the classroom. The use of fun learning helps teachers to plan effective teaching techniques in developing exceptional individuals.

Published
2021-03-13