Perancangan Pengajaran Guru dalam Pembelajaran dan Pemudahcaraan: Satu Kajian Rintis [Teacher Teaching Planning in Learning and Facilitating: A Pilot Study]

  • Zulkifly Md Alwayi
  • Rahimah Embong Universiti Sultan Zainal Abidin
  • Huda Afiqah Hashim
Keywords: Pembelajaran dan Pemudahcaraan, Perancangan Pengajaran Guru

Abstract

Guru memainkan peranan watak utama yang melaksanakan dasar-dasar pendidikan negara sepertimana yang telah digariskan dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM 2013-2025). Guru bertindak sebagai tenaga pengajar, pengasuh dan pengurus serta berperanan sebagai fasilitator, mentor dan kaunselor sepanjang proses pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah. Sejajar dengan pelaksananaan pembelajaran dan pemudahcaraan (PdPc) yang terkandung dalam Standard Kualiti Pendidikan Malaysia, murid yang didedahkan dengan pembelajaran yang berpusatkan murid menunjukkan kefahaman yang lebih tinggi dan gambaran yang lebih positif berbanding kaedah konvensional. Justeru, makalah ini mengupas dan memperincikan amalan PdPc bagi meningkatkan tahap kualiti pengajaran dan pembelajaran (PdP) dalam kalangan guru sekolah rendah serta permasalahan yang timbul sepanjang pelaksanaannya. Kajian rintis ini bertujuan untuk mengenalpasti kesahan dan kebolehpercayaan item soal selidik amalan perancangan pengajaran guru dengan faktor proses dan suasana pembelajaran di dalam kelas. Kajian kuantitatif ini menggunakan persampelan rawak mudah dan mengadaptasi soal selidik daripada instrumen penilaian kendiri prestasi guru dalam Standard Kualiti Pendidikan Malaysia Gelombang 2 (SKPMg2). Data yang diperoleh dianalisis menggunakan statistik deskriptif melalui Statistical Package for the Social Sciences (SPSS versi 20.0). Kajian mendapati instrumen yang dibina telah mencapai tahap kebolehpercayaan yang tinggi (nilai Cronbach’s alpha= 0.872), kesemua sembilan item sesuai digunakan serta tiada item yang perlu dibaiki. Secara keseluruhan min, varians dan sisihan piawai memberikan nilai yang tinggi apabila kontsruk perancangan pengajaran guru berada pada tahap yang tinggi. Kajian ini dapat memberi manfaat kepada guru-guru, guru besar atau pentadbir, Pejabat Pendidikan Daerah, Jabatan Pendidikan Negeri dan juga Kementerian Pendidikan Malaysia dalam usaha meningkatkan kualiti perancangan pengajaran dalam kalangan guru-guru sekolah rendah selain turut menjadi sumber rujukan dalam menghadapi pendidikan era globalisasi abad ke 21.

Teachers are the main characters to implement the national education policies as mentioned in Malaysian Education Development Plan (PPPM 2013-2025). Teachers act as educators, caregivers and managers as well as facilitators, mentors and counselors throughout the teaching and learning process in the classroom. Since the implementation of learning and facilitating (LnF) as stated in the Malaysia Education Quality Standard, students who are exposed to student-centered learning show a higher understanding and a more positive image compared to conventional methods. Therefore, this article examines and inspects the practice of LnF to improve the level of quality of teaching and learning (TnL) among primary school teachers as well as problems that arise during the implementation. This pilot study aims to identify the validity and reliability of the items in questionnaire of the practice of teachers’ lesson planning with process factors and learning environment in the classroom. This quantitative study used simple random sampling and adapted questionnaire from teachers' self-assessment instruments in the second wave of Malaysia Education Quality Standard (SKPMg2). The data were analyzed using descriptive statistics through Statistical Package for the Social Sciences (SPSS version 20.0). The study found that the instrument has achieved a high level of reliability (value of Cronbach’s alpha=0.872) with all nine items were suited and no items need to be repaired. Overall mean, variance and standard deviation give high value when the construct of teachers’ lesson planning are at a high level. This study can benefit teachers, headmasters or administrators, District Education Office, State Education Department and the Ministry of Education Malaysia in order to improve the quality of lesson planning among primary school teachers as well as a reference source in facing education 21st century globalization era.

Published
2020-12-27