Motivasi Penglibatan Sukarelawan dalam Aktiviti Kesukarelawanan Mahasiswa Universiti Awam [Volunteerism Motivation in The Voluntary Activities Involvement of Public Universities Students]

  • Normah Awang Noh UniSZA
  • Lukman @ Zawawi Mohamad
  • Muhamad Fazil Ahmad
Keywords: Motivasi, Penglibatan, Sukarelawan Mahasiswa, Altruistik, Egoistik

Abstract

Kesukarelawanan merujuk kepada satu bentuk aktiviti sukarela tanpa melibatkan unsur-unsur paksaan, tidak bermatlamat untuk mendapat ganjaran material atau balasan, aktiviti yang mendatangkan manfaat kepada sukarelawan dan pihak yang dibantu, aktiviti yang dilakukan secara formal atau tidak formal serta aktiviti yang dilakukan secara individual atau kolektif. Kepentingan sektor kesukarelawanan kepada pembangunan diri mahasiswa menyebabkan kebanyakan Institut Pengajian Tinggi (IPT) sama ada di Malaysia atau di luar negara mula menerapkan unsur-unsur kesukarelawanan dalam polisi pendidikan mereka. Penglibatan mahasiswa dalam aktiviti kesukarelawanan didorong oleh pelbagai faktor sama ada digerakkan oleh motivasi altruistik mahupun motivasi egoistik. Walau bagaimanapun, motivasi individu bukan sesuatu yang statik dan sentiasa berubah-ubah mengikut kepada keperluan, kehendak dan situasi seseorang individu. Kepelbagaian motivasi ini mendorong satu kajian dilakukan untuk melihatkan faktor-faktor penggerak yang mendorong penglibatan sukarealawan mahasiswa dalam aktiviti kesukarelawanan. Faktor-faktor motivasi ini dilihat dari enam dimensi motivasi iaitu nilai, kefahaman, kerjaya, sosial, perlindungan dan pengukuhan. Kajian ini menggunakan pendekatan kuantitatif melalui kaedah survei secara bersemuka melibatkan 400 orang mahasiswa yang aktif melibatkan diri dalam aktiviti kesukarelawanan. Hasil kajian dianalisis menggunakan perisian SPSS dalam bentuk deskriptif. Input kajian ini diharapkan dapat menjadi indikator berguna kepada pihak berkepentingan dalam usaha untuk membudayakan kesukarelawanan dalam kalangan generasi muda khususnya mahasiswa.   

 

Volunteering applies to a type of charitable operation that does not involve aspects of intimidation and does not pursue monetary benefits or rewards, tasks that support volunteers and assisted parties, activities that are carried out formally or informally, as well as a person or group activities. Most institutions of higher learning (IPT) have begun to integrate elements of volunteerism into their education policies, either in Malaysia or abroad, leading to the value of the voluntary sector for the self-development of students. Both motivated by altruistic motivation or egoistic motivation, student interest in volunteer activity is driven by different influences. Individual motivation, though, is not something that is stagnant and is continuously evolving according to an individual's desires, wishes, and circumstances. Accordingly, this study aims to examine the motivations that influence student involvement in volunteer activities. This motivation is seen from two perspective namely altruistic motivation and egoistic motivation involving six motivations, namely value, understanding, career, social, security, and reinforcing. Via face-to-face interview methodology involving 400 students who are actively engaged in charitable programmes, this research utilises a quantitative approach. The research findings were analysed in descriptive form using SPSS tools. In an attempt to foster volunteerism among the younger generation, especially students, the contribution of this study is expected to be a useful indicator for stakeholders.

Published
2020-12-08