Kajian Tematik Faktor Intrisik Tingkah Laku Sseksual Individu Austisme

A Thematic Review on Intrinsic Factors in the Sexual Behavior of Individuals with Autism

  • Zuraini Yaakub
  • Zuliza Mohd Kusrin
  • Wafaa' Yusof
  • Zaini Nasohah
Keywords: autisme, seksual, komorbiditi, kebutaan minda, transisi kedewasaan

Abstract

Autisme adalah gangguan perkembangan neurologikal yang memberi kesan kepada tingkah laku individu yang mengalaminya. Spektrum gangguan ini boleh dikenal pasti melalui dua ciri utamanya iaitu kesukaran melaksanakan interaksi dan komunikasi sosial serta tingkah laku yang terhad dan berulangan. Walaupun tiada hubungan yang jelas antara autisme dan tingkah laku seksual namun terdapat spekulasi bahawa ciri-ciri autisme boleh menyeret individu autisme dalam sistem keadilan jenayah melalui tingkah laku seksual yang tidak sepatutnya dilakukan. Tidak ada sorotan literatur secara sistematik yang telah dilakukan untuk membincangkan berkenaan faktor individu autisme bertingkah laku seksual, justeru kajian ini dilakukan dengan kepercayaan bahawa terdapat faktor yang menyebabkan individu autisme melakukan tingkah laku seksual yang tidak sepatutnya.  Artikel ini bertujuan untuk mensintesis sorotan literatur daripada 2000 hingga 2019 menggunakan ATLAS.ti 8 berkenaan faktor intrinsik yang menyumbang kepada tingkah laku seksual dizahirkan secara yang tidak sepatutnya oleh individu autisme. Carian kata kunci, diikuti oleh saringan menggunakan kriteria daripada SCOPUS, Science Direct dan Mendeley, mengidentifikasikan 28 artikel jurnal yang dikaji semula. Walau bagaimanapun, selepas proses inklusif dan eksklusif, hanya 23 artikel sahaja yang digunakan sebagai artikel akhir untuk disemak semula. Kajian tematik 23 artikel ini mengenal pasti 41 kod awal berkenaan faktor intrinsik individu autisme melakukan tingkah laku seksual yang kemudiannya dikumpulkan dalam 4 kumpulan iaitu ciri autisme, kebutaan minda, komorbidi yang dialami dan proses transisi kedewasaan yang tidak difahami.  Manfaat kajian ini dapat meningkatkan kefahaman masyarakat tentang individu autisme sejajar dengan hasrat kerajaan memberi perhatian terhadap komuniti ini.

Autism is a neurological disoder that affects behavior of the individual. The spectrum of disorders can be identified through two main features: difficulty in implementing social interaction and communication as well as limited and repetitive behaviors. Although there is no clear link between autism and sexual behavior, there is speculation that autism traits may drag individual with autism to violate justice system through inappropriate sexual behavior. No systematic literature review has been conducted to discuss factors affecting individuals of autism into sexual behavior. Hence, this study is based on the belief that there are factors that cause autism individuals to engage in sexual  misconduct. This article aims to synthesize literature dated from 2000 to 2019 using ATLAS.ti 8 on intrinsic factors that contribute to improper sexual behavior by induviduals with autism. A keyword search, followed by a filter using inclusion criteria from SCOPUS, Science Direct and Mendeley databases have resulted to 28 peer-reviewed journal articles. The inclusion and exclusion process, further sorted 23 articles as the final articles for review purpose. A thematic review from the  23 articles has identified 51 initial codes characterizing instrinsic factors engaging individuals of autism in sexual behavior, grouped in 4 clusters: autism traits, mind blindness, comorbidity and normal process of physical maturation. The benefits of this study can increase public understanding of autism in line with the government’s effort to look into issues pertaining to this community.

Published
2020-06-05