Private Armaments Technology in Islamic Military History during Ayyubid Era

  • Noorsafuan Che Noh Universiti Kebangsaan Malaysia
  • Ezad Azraai Jamsari Universiti Sultan Zainal Abidin
  • Mohd Borhanuddin Zakaria Universiti Kebangsaan Malaysia
  • Roslan Ab Rahman Universiti Kebangsaan Malaysia
  • Abdul Qahhar Ibrahim Universiti Kebangsaan Malaysia

Abstract

Skop kajian aspek ketenteraan dalam Islam merupakan satu aspek yang luas dan mencapah. Kajian ini membincangkan tentang sejarah ketenteraan darat zaman Ayubbi khususnya pada zaman pemerintahan Sultan Salah al-Din al-Ayyubi. Memandangkan skop kajian ketenteraan Ayyubi terlalu luas maka kajian ini akan memberi fokus terhadap teknologi persenjataan persendirian tentera Islam pada zaman Ayyubi. Matlamat kajian ini adalah untuk mengenal pasti teknologi persenjataan persendirian pada zaman Ayyubi, terutama semasa tempoh perang jihad atau perang Salib. Selain itu kajian ini juga akan menganalisis tahap kekuatan penggunaan kelengkapan persenjataan tersebut. Keseluruhan kajian ini menggunakan kaedah pendekatan kajian kualitatif menerusi metode historical study dan content analysis seperti penelitian terhadap buku atau kitab yang dikaji. Hasil kajian ini mendapati teknologi persenjataan persendirian tentera Islam zaman Ayyubi mencapai satu tahap yang membanggakan dan ianya dapat mengimbangi dan melepasi teknologi persenjataan yang dimiliki oleh tentera Salib. Hasil daripada kelengkapan persenjataan tersebut, tentera Islam dapat mempertahankan wilayah Islam dari pencerobohan tentera Salib. Selain itu tentera Islam di bawah pimpinan Sultan Salah al-Din telah berjaya merebut kembali Bayt al-Maqdis.