[MS] The Suitability of Mutawatir Concept As One of Research Methods in Islam

  • Nur Sakiinah Ab Aziz Universiti Sultan Zainal Abidin
  • Shahir Akram Hassan Universiti Sultan Zainal Abidin
  • Mohd Borhanuddin Zakaria Universiti Sultan Zainal Abidin
  • Mohamed Fathy Mohamed Abdelgelil Universiti Sultan Zainal Abidin
  • Mostafa Hassan Mohamed El Khayat Universiti Sultan Zainal Abidin

Abstract

Sanad mutawatir merupakan salah satu syarat terpenting dalam menentukan sesuatu qiraat itu menepati sebagaimana qiraat yang diturunkan kepada Rasulullah SAW. Apabila sesuatu qira’at mempunyai sanad yang mencapai tahap mutawatir, maka ia diiktiraf sebagai salah satu qiraat al-Qur’an yang sahih dan membacanya dikira sah sebagai ibadah sama ada dalam solat atau luar solat. Dengan adanya unsur mutawatir dalam sesuatu qiraat, kedudukan qiraat tersebut boleh disahkan sebagai salah satu qiraat mutawatirah. Oleh yang demikian, konsep mutawatir dalam Ilmu Qiraat ini dilihat boleh digunakan dalam kajian penyelidikan ilmiah masa kini. Justeru, kertas kerja ini bertujuan mengenal pasti konsep mutawatir dalam Ilmu Qiraat seterusnya menganalisis kesesuaian konsep mutawatir dalam konteks menentukan kesahan data penyelidikan. Persoalannya, apakah elemen-elemen dalam konsep mutawatir? Bagaimanakah konsep mutawatir ini mampu dan sesuai digunakan dalam menentukan kesahan data? Bagi menjawab kedua-dua persoalan ini, kertas kerja ini menggunakan kaedah perpustakaan dan analisis tekstual. Kertas kerja ini mendapati sekurang-kurangnya terdapat dua elemen dalam konsep ini iaitu sifat perawi dan bilangan perawi pada setiap tahap pengumpulan data. Kedua-dua elemen ini menjurus kepada menguatkan data yang diberikan.