[MS] The Concept of the Ta’dib According to Islamic Educational Scholars
Abstract
Pendidikan yang diwarisi dari dahulu hingga kini merupakan pendidikan yang berteraskan Barat yang bertujuan untuk melahirkan warganegara yang bertanggungjawab. Walaubagaimapun Islam telah lama mempromosikan pendidikan berasaskan konsep ta’dib. Secara asasnya, Ta’dib ialah salah satu kaedah pendidikan yang menumpukan kepada pembentukan dan penyempurnaan akhlak peribadi seorang Muslim. Terdapat pelbagai pandangan berkaitan ta’dib dalam kalangan sarjana pendidikan Islam seperti al-Attas, Imam Al-Ghazali dan Ibnu Sina. Makalah ini akan meneroka secara ringkas latar belakang dan pandangan mereka terhadap konsep pendidkan ta’dib ini.
Published
2019-05-15
Section
Articles






