Penerokaan Awal Terhadap Isu dan Impak Penggunaan Teknologi Kecerdasan Buatan terhadap Kehidupan Manusia [Early Exploration Towards Issues and Impact the Use of Artificial Intelligence Technology Towards Human Beings]

  • Aliff Nawi Universiti Utara Malaysia
Keywords: Artificial intelligence, technology, issues,, impact, Human being

Abstract

Penggunaan teknologi kecerdasan buatan atau AI kian semakin meluas. Daripada telefon pintar, komputer, kereta tanpa pemandu, drone hingga kepada penggunaan robot telah mengubah landskap kehidupan manusia. Kajian ini bertujuan untuk membuat penerokaan awal tentang penggunaan teknologi AI, sejarah kemunculan dan jenis-jenis AI. Kajian ini turut mengenal pasti beberapa isu dan impak teknologi AI terhadap kehidupan manusia. Kajian awal ini dijalankan secara kualitatif menerusi tinjauan literatur dan analisis kandungan. Hasil kajian mendapati bahawa teknologi AI telah pun digunakan secara meluas terutamanya di negara membangun meliputi pelbagai bidang termasuklah kesihatan, ekonomi, perbankan, pertanian, pengiklanan, politik dan persenjataan. Dapatan turut menunjukkan bahawa penggunaan teknologi AI telah memberi impak terhadap pelbagai isu seperti keselamatan, penyalahgunaan, pencerobohan data peribadi dan pembinaan AI di luar kawalan manusia. Kesimpulannya, meskipun penggunaan teknologi AI mengundang pelbagai isu dan masalah, namun tidak dinafikan juga penggunaan teknologi AI terbukti menambah baik kualiti kehidupan manusia. Justeru, penglibatan dan kerjasama dari pelbagai pihak amat diperlukan dalam mengawal selia dan menangani isu-isu yang timbul hasil penggunaan teknologi AI dalam kehidupan manusia.


The use of artificial intelligence or AI is expanding. The landscape of human lifestyles has changed from smartphones, computers, driveless cars, drones and the use of robots. The purpose of this research is to carry out an early exploration of the use of AI, the history and types of AI. It is also recognized that this work identifies few problems and the effect of AI innovations on human lifestyles. This early work is conducted qualitatively through the study of literature and content analysis. The findings of the research have shown that AI technologies have been widely used in developing countries, including health care, the economy, banking, agriculture, advertising, politics and weapons. The results also showed that the use of AI has had an impact on various issues such as security, violence, infringement of personal data and the creation of an AI beyond human control. In conclusion, while the use of AI has posed numerous concerns and challenges, it is not disputed that the use of AI has proved to increase the quality of life of human beings. Thus, there is also a need for the participation and cooperation of various parties in the control and handling of issues resulting from the use of AI technology in human life.

Published
2020-03-23