[MS] Penggunaan Kata Nama Am dalam Al-Quran Al-Karim: Kajian Analisis Sintaksis The Usage of The Indefinite in The Al-Quran Al-Karim: A Study of Syntactic Analysis

  • Muhammad Nur Farhan Zamziba Management and Science University
  • Rahmah Ahmad H. Osman University Malaysia
  • Muhammad Anwar Ahmad University Malaysia
  • Rabiatul Fatimah Azzahra Rashid Center for Languages and Pre-University Academic Development
  • Rizka Rivensky Institut Agama Islam

Abstract

Kata nama dalam Bahasa mengandungi dua bentuk iaitu Kata Nama Khas dan Kata Nama Am.
Kata Nama Khas merujuk kepada sesuatu yang khusus, manakala Kata Nama Am menunjukkan
sesuatu yang umum. Tiap-tiap ungkapan Kata Nama, sama ada Kata Nama Khas ataupun Kata
Nama Am mengandungi objektif-objektif tersendiri serta acuan dan aturan-peraturan yang
sistematik sama ada dalam penulisan biasa mahupun kreatif. Sehubungan dengan itu., Kajian
Kata Nama Am sangat penting terlebih lagi berkaitan dengan Al-Quran Al- Karim yang
menjadi pedoman Muslim. Akan tetapi, kajian Kata Nama Am dalam al-Quran tidak banyak
yang ditulis dan dikaji dalam Bahasa Melayu melalui pencarian dalam Google, Google Scholar,
journal-journal tempatan, buku-buku tempatan dan sebagainya. Selain itu, kupasan Kata Nama
Am dalam Al-Quran Al-Karim tidak berpusat kepada objektif-objektif Kata Nama Am bahkan
hanya melihat dari sudut sintaksis tetapi tidak menganalisis secara terperinci dari perspektif
sintaksis dan analisis serta kupasan dari sudut objektif-objektifnya. Oleh itu penulisan ini akan
membahaskan objektif Kata Nama Am secara khusus yang terdapat dalam al-Quran al-Karim.
Natijahnya, terdapat sembilan objektif yang telah dijumpai dalam kajian ini.

Published
2023-07-09