[MS] Impak Neuropsikolinguistik dalam Penguasaan bahasa Pertama terhadap Penggunaan Gajet oleh Kanak-Kanak. The Impact of Neuropsycholinguistics in First Language Proficiency on Gadget Usage by Children
Abstract
Penggunaan gajet kepada kanak-kanak memberikan impak dalam penguasaan kosa kata bahasa
yang digunakan dalam aplikasi tersebut. Oleh yang demikian, tujuan kajian dijalankan untuk
mengenal pasti sejauh mana gajet memberikan kesan dalam penguasaan bahasa pertama kanak-
kanak. Malah, kajian bertujuan mengaitkan hubungan antara Teori Jean Piaget dan aspek
neuropsikolinguistik dengan tahap penguasaan bahasa pertama kanak-kanak. Selain itu,
bertujuan meneliti sejauh mana interaksi sosial kanak-kanak kesan penggunaan gajet dalam
kehidupan mereka. Dapatan kajian memperlihatkan bahawa kanak-kanak lebih cenderung
menguasai kosa kata bahasa yang digunakan dalam gajet berbanding kosa kata bahasa pertama
yang formal. Malah, penggunaan gajet yang berlebihan menyebabkan kanak-kanak mengalami
masalah dalam interaksi sosialnya. Melalui dapatan kajian ini menjelaskan bahawa perlunya
kawalan penggunaan gajet kepada kanak-kanak untuk meningkatkan komunikasi sosial bagi
meningkatkan penguasaan kosa kata pertama mereka. Walau bagaimanapun, penggunaan gajet
mempunyai kebaikan dalam penguasaan kosa kata bahasa Inggeris melalui aplikasi yang
digunakan.






