EMPAT (4) TEKNIK VISUALISASI LUKISAN KAJIAN MANUAL GAYA SENI BINA: ANALISIS TEMATIK PAKAR RUJUK (SME) HIBRID SENI DAN SENI BINA

  • Maria Mohammad Politeknik Merlimau Melaka

Abstract

Kajian ini dijalankan untuk mengenal pasti empat (4) teknik visualisasi gaya seni bina hasil analisis tematik terhadap tiga (3) pakar rujuk hibrid seni dan seni bina (Subject Matter Expert – SME) dalam penghasilan lukisan kajian. Kajian ini memfokuskan kepada penghasilan lukisan kajian secara manual dalam konteks persembahan grafik senibina. Objektif utama kajian ini adalah untuk mengenal pasti dan sintesis teknik visualisasi membentuk objek yang diamalkan oleh SME bagi membantu pelajar diploma senibina semester pertama yang menghadapi kesukaran menghasilkan lukisan tiga dimensi (3D) secara manual dalam gaya grafik senibina. Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif dengan reka bentuk fenomenologi melalui kaedah temu bual, analisis visual, dan pemerhatian ke atas tiga (3) orang SME. Data dianalisis menggunakan kaedah analisis tematik berdasarkan Teori Kritikan Seni Feldman. Hasil kajian telah mengenal pasti empat (4) teknik utama iaitu teknik kualiti garisan (quality of line), teknik garisan seni visual (Line Visual Art), teknik aplikasi warna, dan teknik intensiti warna yang membentuk gaya garisan lorekan (gSLine) dalam 3D. Dapatan ini membawa kepada sintesis empat (4) langkah utama yang boleh dijadikan panduan dalam penghasilan lukisan kajian grafik senibina secara manual. Kajian ini mencadangkan agar teknik-teknik tersebut didokumentasikan secara sistematik untuk kegunaan pengajaran dan pembelajaran dalam bidang grafik senibina.

Published
2026-01-27